FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU
SELAMAT DATANG DI FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU JIKA ANDA SALAH SATU MEMBER KPMRM SILAKAN UNTUK LOGIN DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN MEMBER - MEMBER SEMUA DAN JIKA ANDA BELUM MENJADI MEMBER KPMRM SILAKAN UNTUK REGISTER SEGERA TERIMA KASIH " SALAM SATU JIWA UNTUK ANDA SEMUA "


BERMULA DARI DUMAI DAN KALIMANTAN MAKA TERBENTUKLAH FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU BAGI ANDA PEMINAT MUSIK ROCK MELAYU ( SLOW ROCK ) DIMANA PUN BERADA SILAKAN BERGABUNG DENGAN FORUM KPMRM INI SALAM SATU JIWA UNTUK ANDA SEMUA
 
PortalIndeksFacebook Grup KPMRMAnggotaPencarianFAQCalendarGroupPendaftaranLogin
WAKTU SAAT INI

Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Latest topics
FB KPMRM
SPONSOR
adf.ly - shorten links and earn money!
Statistics
Total 215 user terdaftar
User terdaftar terakhir adalah ilhamsumantri

Total 573 kiriman artikel dari user in 250 subjects
ANTI SPAM

SCRIPT BANNER KPMRM

Share | 
 

 Kumpulan Wings

Topik sebelumnya Topik selanjutnya Go down 
PengirimMessage
Agusnesta
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^


Jumlah posting : 8
Join date : 20.04.11
Lokasi : Pelaihari,Kalimantan Selatan

PostSubyek: Kumpulan Wings   02.05.11 3:43

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah. Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama. Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah kekumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi namaKumpulan CRK. Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar. Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama. Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal sepertiM.Nasir, J S Kevin, perjudian pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'. Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan. Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit. Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri. Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggotakumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.
Ahli
Penyanyi Utama
1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993.
2002 - Hari Ini
2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
3. Mus (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
1. Sham (Sham Baharom) 1985 - 1987
2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988 -
Hari Ini
Pemain Bass
1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 -
Hari Ini
Pemain Dram
1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990. 1994 -
Hari Ini
2. Jojet 1990 - 1993
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS. Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan. Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air. Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS. Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie. Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka. Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air. Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air. Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005
adalah :-
1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
2. Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
3. Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
4. Black(Azmi Hashim)
Album
1. Belenggu Irama (1987)
2. Hukum Karma(1988)
3. Teori Domino (1990)
4. Best Of Wings (1990)
5. Jerangkung Dalam Almari(1991)
6. Double Trouble (bersama Kumpulan
Search)(1992)
7. Bazooka Penaka (1993)
8. Wings & Superfriends 1 (1994)
9. Wings & Superfriends 2 (1994)
0. Orang Asing (1995)
1. Biru Mata Hitamku (1996)
2. Puisi Aidilfitri (1996)
3. Double Trouble 2 (bersama Kumpulan
Search)(1997)
4. Mencari Asal Usul (1998)
5. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
6. Mr.Barbarik (2000)
7. Trilogi (2001)
8. Naga Kramat (2002)
9. Wings Alive 2006 (2007)
0. Wings - 2 Dekad(2007)
1. Wings - Live At Planet Hollywood(2008)
Lagu-lagu
Belenggu Irama (1987)
1. Inspirasi Taming Sari
2. Intanku Kesepian
3. Kembalilah
4. Biarkan Berlalu
5. Peronda Jaket Biru
6. Kota Kemusnahan
7. Belenggu Irama
8. Sekeping Kertas Bermaruah
9. Hapuskan Fitnah
0. Dari Tuhan
Album: Hukum Karma (1988)
1. Opera Hidup
2. Misteri Mimpi Syakilla
3. Jerangkap Samar
4. Hikayat Penuh Ranjau
5. Sembunyi
6. Hukum Karma
7. Orang Kita
8. Taman Rashidah Utama
9. Fotostat
0. Anugerah
Album: Teori Domino (1990)
1. Rantai
2. Sejati
3. Romania
4. Trilogi
5. Potret Monalisa
6. Insaf
7. Midnight Blues
8. Bujang Senang
9. Di Persimpangan
0. Harapan
1. Perhentian
2. Alam Barzakh
Album: Jerangkung Dalam Almari (1991)
1. Watari
2. R N' R Lu Punya Suka
3. Aku Pun Tahu
4. Gemala Saktiku
5. Lipas Kudung
6. Dalam Kehadiran Sofiah
7. Kau Bukan "Brader"
8. Jerangkung Dalam Almari
9. Awang Trasher
0. Tirai Horizon
Album: Bazooka Penaka (1993)
1. Bazooka Penaka
2. Di Ambang Wati
3. Bernafas Dalam Lumpur
4. Kuburkan Kau
5. Pengabdian Ku Kekasih
6. Rock N' Roll Band
7. Amok
8. Satelit Puaka
9. Suara Kita
0. Tangisan Marhain
1. Puisi Merdeka
Album: Orang Asing (1995)
1. Ranjang Mawar
2. Lena Diulit Intan
3. Semalam Yang Hangat
4. Siaran 9
5. Orang Asing
6. Lupakanlah
7. Highland
8. Buktikanlah
9. Setan Mengganas
0. Potret Diri
1. Saputangan
2. Rayuan Terakhir
Album: Biru Mata Hitamku (1996)
1. Biru Mata Hitamku
2. Gegar Gunung Gemura
3. Intro
4. Satu Titik Yang Kosong
5. Enigma
6. Makam Kekasih
7. Asmara
8. Raum
9. Kembali
0. Jika Kau Tahu
1. Nomad
2. Kata-Kata
3. Jalan-Jalan
4. Idaman
5. Enigma (Akustik)
Album: Puisi Aidilfitri (1996)
1. Sillaturrahim
2. Puisi Aidilfitri
3. Jelang
4. Nursakti
5. Keroncong Hari Raya
6. Hari Raya Yang Mulia
7. Engkau Aku Dan Dia
8. Biru Mata Hitamku (Akustik)
9. Pesona Sanubari
0. Masalah berganda
1. Terharu
2. Penunggu
3. Gelora Membara
Album: Mencari Asal-Usul (1998)
1. Blues Ular Sawa
2. Sakit Bantal Empuk
3. Padamkan Lampu Tidurmu
4. Badan Belut Kepala UIar
5. Mencari Asal-Usul
6. Krisis Di Pertengahan Hidup
7. Hati Sulam Lain
8. Hidup Sederhana
9. Bukan Kerana Matahari
0. Dilailah(hidup mati, damai perang)
1. 18000 Sayap
Album: Mr. Barbarik (2000)
1. Keris Tak Ada Sarung
2. Inspirasi Syakilla
3. Singa Dan Harimau
4. 203
5. Mayang Sulit
6. Handal
7. Julang Timur Tengah
8. Samar Nan Terang
9. Gua Henjut Je! (Instrumental)
0. Teater MahaMega
'Album: Naga Kramat (2002)'
1. Ameringo
2. Ranggi Metropolis
3. Dewi Sakti Malam
4. Entah Kiri Entah Kanan
5. Kota Langit
6. Sebelum Pasti
7. Jumpa Hilang
8. Kuda Hujan
9. Sayap Ilusi
0. Lubuk Pusing
1. Rantau Kebiruan
2. Med.ReUnion
3. Istimewa
4. Cinta Seusia Kita
Lagu yang popular
1. Biarkan Berlalu
2. Taman Rasyidah Utama
3. Misteri Mimpi Syakila
4. Aku Pun Tahu
5. Bernafas Dalam Lumpur
6. Di Ambang Wati
7. Semalam Yang Hangat
8. Lena Diulit Intan
9. Biru Mata Hitamku
0. Hati Sulam Lain
1. Nasib Kita (Duet dengan Mael XPDC
2. Ranggi Metropolis
3. Cinta Seusia Kita
4. Peronda Jaket Biru
5. Sejati
6. Hukum Karma
7. Suara Kita
Kembali Ke Atas Go down
Lihat profil user
 
Kumpulan Wings
Topik sebelumnya Topik selanjutnya Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Phoenix Wing
» Kumpulan Template Gear Design (Weapon)
» Kumpulan Template Gear Design (Armor)
» Kumpulan Gear Design
» Hobi Koleksi Pisau

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU :: INFORMASI ROCK DARI MALAYSIA :: LELAKI :: KUMPULAN-
Navigasi: