FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU
SELAMAT DATANG DI FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU JIKA ANDA SALAH SATU MEMBER KPMRM SILAKAN UNTUK LOGIN DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN MEMBER - MEMBER SEMUA DAN JIKA ANDA BELUM MENJADI MEMBER KPMRM SILAKAN UNTUK REGISTER SEGERA TERIMA KASIH " SALAM SATU JIWA UNTUK ANDA SEMUA "
FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU
SELAMAT DATANG DI FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU JIKA ANDA SALAH SATU MEMBER KPMRM SILAKAN UNTUK LOGIN DAN TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN MEMBER - MEMBER SEMUA DAN JIKA ANDA BELUM MENJADI MEMBER KPMRM SILAKAN UNTUK REGISTER SEGERA TERIMA KASIH " SALAM SATU JIWA UNTUK ANDA SEMUA "
FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


BERMULA DARI DUMAI DAN KALIMANTAN MAKA TERBENTUKLAH FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU BAGI ANDA PEMINAT MUSIK ROCK MELAYU ( SLOW ROCK ) DIMANA PUN BERADA SILAKAN BERGABUNG DENGAN FORUM KPMRM INI SALAM SATU JIWA UNTUK ANDA SEMUA
 
PortalIndeksFacebook Grup KPMRMPencarianLatest imagesPendaftaranLogin
WAKTU SAAT INI

Pencarian
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Latest topics
» Jual Polo Shirt, Grosir Kaos Polos, Kaos Harga Murah langsung dari Konveksi
Kumpulan XPDC Icon_minitime04.01.16 17:50 by megaria

» perkenalan
Kumpulan XPDC Icon_minitime16.02.15 12:44 by sumantri

» Jual Kaos Oblong Polos, Grosir Tshirt Kualitas Export Harga Murah utk Seragam Event
Kumpulan XPDC Icon_minitime10.01.15 13:21 by megaria

» stuktur organigram KPMRM
Kumpulan XPDC Icon_minitime15.11.14 20:19 by Yudi Setiawan Akhdaan

» Y
Kumpulan XPDC Icon_minitime15.11.14 19:50 by Yudi Setiawan Akhdaan

» AWAL PERTAMA MENGENAL MUSIK ROCK MELAYU (INDONESIA,MALAYSIA,BRUNEI,SINGAPURA)
Kumpulan XPDC Icon_minitime15.11.14 19:39 by Yudi Setiawan Akhdaan

» Salam Kenal
Kumpulan XPDC Icon_minitime15.11.14 19:01 by Yudi Setiawan Akhdaan

» Wahyu 'John Lord'
Kumpulan XPDC Icon_minitime06.05.14 0:52 by Nashar

» selam kenal
Kumpulan XPDC Icon_minitime30.03.14 9:04 by Nashar

» Printis ( Thn 1994 )
Kumpulan XPDC Icon_minitime15.10.13 20:04 by fareezizwar

FB KPMRM
SPONSOR
adf.ly - shorten links and earn money!
Statistics
Total 215 user terdaftar
User terdaftar terakhir adalah ilhamsumantri

Total 573 kiriman artikel dari user in 250 subjects
ANTI SPAM

SCRIPT BANNER KPMRM

 

 Kumpulan XPDC

Go down 
PengirimMessage
Agusnesta
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Agusnesta


Jumlah posting : 8
Join date : 20.04.11
Lokasi : Pelaihari,Kalimantan Selatan

Kumpulan XPDC Empty
PostSubyek: Kumpulan XPDC   Kumpulan XPDC Icon_minitime02.05.11 3:50

Ahli
1987 - 1997
1. Mael - Vokal
2. Izo - Lead Guitar
3. Zua - Bass Guitar
4. Lee Space - Drummer / Amy - Drummer
1998 - 2005
1. Ali - Vokal
2. Izo - Lead Guitar
3. Zua - Bass Guitar / Yan (Lefthanded) - Bass
Guitar
4. Amy - Drummer / Lola (Kamikaze) -
Drummer / Pae (Barongan) - Drummer
5. Nick - Lead Guitar
2006 - XPDC REUNION
1. Mael - Vokal
2. Izo - Lead Guitar
3. Zua - Bass Guitar
4. Amy - Drummer
Asyraf (Whiterose) pernah menjadi vokalis
sementara pada pertengahan tahun 2006.
(Asyraf tidak merakam mana-mana album)
Sejarah
Awal penubuhan
XPDC lahir dari perpecahan kumpulan
Tragedy. Kumpulan Tragedy merupakan
nama asal kumpulan XPDC.
Kumpulan Tragedy hanya sempat
menyiapkan 50% proses rakamannya
apabila dua orang anggotanya iaitu Yazid
dan Man Tobey telah menarik diri. Yazid
dan Man Tobey telah digantikan dengan Lee
Space dan Zua. Nama kumpulan Tragedy
kemudian ditukarkan kepadakumpulan
XPDC di atas nasihat penerbitnya J.S.Kevin.
Ketika mereka mula merangkak mencipta
namanya, pemain drum mereka Lee Space
mengambil keputusan untuk keluar dari
kumpulan ini. Tempatnya telah diganti oleh
Amy bekas anggotakumpulan HANDY
BLACK. Lee Space kemudian menyertai
kumpulan Def Gab C. Yazid ("wak kang")
yang pernah menjadi drummer XPDC
kemudian menggalas tugas sebagai
Pengurus kumpulan XPDC secara tidak
rasmi.
Kumpulan XPDC mula mencipta nama
dengan lagu mengeja "C.I.N.T.A" ciptaan
Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin. Lagu
tersebut pernah ke final Juara Lagu 1990
dengan persembahan mantap XPDC.
Pengunduran Mael penyanyi utamanya
telah mengundang kontroversi yang paling
hebat. Rata-rata peminat dan pengiat seni
menjangkakan kumpulan XPDC ini akan
berkubur. Namun nama XPDC masih tetap
lagi bertahan dan menjadi lebih popular.
Lebih uniknya album Brutal (album terakhir
Mael bersama XPDC) ini telah terjual
melebihi 300,000 unit satu pencapaian
jualan album yang terbaik XPDC.
Ketiadaan Mael memberi ruang kepada Ali
(bekas penyanyiTerra Rossa). Amy yang
mengalami kecelakaan jalanraya tidak
berupaya memainkan lagu-lagu rancak lagi
telah diganti sementara oleh Lola. Setahun
selepas itu Lola secara rasmi menggangotai
XPDC apabila Amy mengambil keputusan
untuk menarik diri (disingkirkan!). XPDC
dibawah pengurusan baru di bawah En
Ahmad Nazri Hj Abdul Rahman bersama
penyanyi utama mereka Ali,telah berjaya
membina sebuah studio jamming dan
latihan serta pejabat pengurusan XPDC di
Taman Bukit Mewah, Kajang. Malangnya
masalah dalaman dengan pihak Life Rekod
(syarikat rakaman mereka) dan hasutan
pihak luar telah menyebabkan studio dan
pejabat tersebut di tutup. Kesan selepas itu
ahli kumpulan kecewa dan keretakan mula
nampak pada XPDC.
Namun, setelah beberapa lama Lola pula
mengundur diri daripada XPDC untuk
menyertaiSearch kerana kecewa dengan
pengurusan XPDC dan tempatnya diambil
alih oleh Pae (bekas pemain dram
Barongan.) Namun Lola juga tidak lama
dengan Search kerana akhirnya Yazid
(drummer asal Search) kembali bermain
untuk Search.
Pemain gitar bass XPDC Zua mengundur diri
kerana ingin membawa haluannya sendiri
dengan menubuhkan Viper. Percubaan ini
juga tidak berjaya dan album gagal,
walaupun hasrat Zua untuk merakamkan
album dan menyumbangkan vokal
tercapai. Yan Lefthanded menggantikan
tempat Zua sebagai pemain bass bagi
kumpulan XPDC. Beliau bukanlah orang
baru bersama XPDC sebaliknya turut
berperanan 'menghidupkan' XPDC di
belakang tabir sejak album Kita Peng-Yu.
XPDC juga pernah muncul dalam filem
'Nadia' dan penampilan istimewa dalam
filem 'Getaran.' Selain itu mereka
membintangi telemovie berjudul Apa Nak
Dikata dan Sakinah. Di dalam telemovie ini
line-up XPDC terdiri daripada Ali, Izo, Yan,
dan Lola.
Sehingga kini XPDC aktif mengadakan
persembahan pentas di seluruh pelusuk
tanah air. Mereka sememangnya sinonim
dengan gelaran 'Raja Funfair' dimana ini
merupakan satu cara bagi XPDC untuk
mendekatkan diri dengan peminat-peminat
di tapak-tapak ekspo seluruh negara.
2006
Pada tahun ini XPDC kembali bergabung
dengan anggota asalnya iaitu Mael, Izo,
Zua, dan Amy. Manakala Ali dan Pae
membawa haluan sendiri dengan
menubuhkankumpulan Mpire. Percubaan
kumpulan Mpire di persada seni tidak
berapa membuahkan hasil kerana kesan
kejatuhan industri muzik tanahair. Yan pula
bergiat sebagai sessionist dan sekali sekala
bersama dengankumpulan Lefthanded.
Ketika ini XPDC giat dengan konsert-
konsert di seluruh pelusuk negara dengan
lokasinya tertumpu di tapak-tapak
ekspo.Pada jun 2006, Asyraf dari kumpulan
(Whiterose)salah satu kumpulan dari
Sarawak pernah menjadi vokalis sementara
XPDC.Suara Asyraf yang di katakan seakan
suara Mael pernah juga berusaha untuk
mempertahankan XPDC dari lenyap di arena
rock.Atas masalah peribadi,Asyraf(
Whiterose) telah keluar dari XPDC pada
Ogos 2006(memberi laluan kepada Mael).
2007
Penghujung tahun ini XPDC muncul dengan
sebuah album khas berjudul Rock Union
yang memuatkan 20 lagu-lagu hits XPDC,
Real X, dan lagu-lagu dari album solo Mael
sebelum ini dan juga bonus dua lagu baru
berjudul "Curahan Rasa" dan "Menentang
Arus". Kedua-dua lagu ini ciptaan
allahyarham JS Kevin.
Album dwi-cd ini diterbitkan oleh EMI
Malaysia dengan kerjasama Life Records
(M).
2008
Pada tahun 2008 XPDC diuar-uarkan akan
menerbitkan album terbaru mereka. Tetapi
disebabkan beberapa masalah yang tidak
dapat dielakkan, album baru mereka tidak
dapat diterbit seperti yang dirancang.
2009
Album baru XPDC bertajuk 'Rasopariso'
telah berada dipasaran pada bulan
November 2009. Antara lagu-lagu di dalam
album terbaru...
1. Sanasinisamasaja
2. Aku Tetap Aku
3. Ntahye Ntahtidak
4. Rasopariso
5. Rasa
6. Puing Cinta
7. Sampai Bila
Lagu dipetik dari 'Rock Union'...
1. Curahan Rasa
2. Menentang Arus
Lagu bonus: Headbang (Remastered)...
1. Raja Kertas (Darjah Satu)
2. Talam Dua Muka (Timurbarat)
3. Bahalol (Kita Peng Yu)
4. Tak Nak Jadi Soh Chai (Brutal)
BONUS VCD-REUNION
1. VCD: XPDC - KRONOLOGI 1989 - REUNION
2010
Diskografi
Album
XPDC (Vokal Mael)
1. Darjah 1 (1990)
2. Timurbarat (1992)
3. Kita Peng-Yu (1994)
4. Brutal (1997)
5. Rock Union (2008)
6. Rasopariso (2009)
XPDC (Vokal Ali)
1. Samurai (1998)
2. Un'Metal (2000)
3. V6 (2002)
4. Un'Metal II (2004)
5. MdLey Rugged (2006)
Kembali Ke Atas Go down
 
Kumpulan XPDC
Kembali Ke Atas 
Halaman 1 dari 1
 Similar topics
-
» Kumpulan May
» Kumpulan Meditasi
» Kumpulan SPRING
» Kumpulan Blackrose
» Kumpulan Hatty

Permissions in this forum:Anda tidak dapat menjawab topik
FORUM KOMUNITAS PENCINTA MUSIK ROCK MELAYU :: INFORMASI ROCK DARI MALAYSIA :: LELAKI :: KUMPULAN-
Navigasi: